Aqiza Boutique ditubuhkan pada 5 January 2004 beroperasi di Puchong Jaya. Bermula dengan menjalankan perniagaan jahitan pakaian dan tender korporat kami mengorak langkah meluaskan skop perniagaan dengan menceburi dunia perkahwinan terutama andaman Melayu.
Kami dapati bidang perkahwinan ini semakin berkembang dan bakal menjadi Industri yang tidak mudah terjejas dengan kemelesetan ekonomi. ini kerana permintaan untuk perkahwinan sentiasa ada, asalkan memenuhi kehendak semasa. Semenjak itu kami tidak menoleh kebelakang lagi kerana peluang yang ada terbentang luas untuk diterokai.
Pada Februari 2005 Aqiza Boutique mula beroperasi secara rasmi beralamat di No. 53AF Jalan Kosas 1/3, Taman Kosas, Ampang, Selangor. Dengan kelebihan kami sebagai butik jahitan, kami menawarkan servis terbaik berkaitan baju pengantin terutama rekaan terbaru serta proses 'fitting' dan 'alteration' yang sangat sempurna dan cepat. Dari itu kami mendapat kepercayaan sepenuhnya dari pelanggan dan telah mempunyai ramai pelanggan tetap.
Sepanjang tempoh hampir 5 tahun yang lalu kami telah mengendalikan hampir 200 majlis perkahwinan dari pelbagai konsep. Setiap pelanggan diberi keutamaan tidak mengira latarbelakang mahu pun budget . Pakej perkahwinan yang digubah juga sangat sempurna untuk jenis-jenis majlis yang biasa diadakan. Selain itu kami juga menawarkan khidmat nasihat yang sangat jujur dan ikhlas untuk menjayakan majlis perkahwinan pelanggan kami.
Kami mengalu-alukan bakal usahawan baru yang berminat menceburi perniagaan ini untuk memulakan langkah pertama dengan menghubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma.
Ribuan terima kasih kepada semua pelanggan kami yang telah memberi kepercayaan dan sokongan selama ini. Semoga semua pengantin yang kami jayakan hidup bahagia dan berkekalan keakhir hayat. |
Zainon Hassan & Mohammad Zakhi Abu Bakar - Pengurus Aqiza Boutique |