Kebiasaannya pengantin suka memiliki sendiri baju nikah. Jika masih tercari-cari butik untuk menempah baju, kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda. Kami sedia menjahit sebarang tempahan baju wanita dan lelaki terutama jika anda memilih material kain lace, sifon dan sebarang kain eksklusif.

 

Sila semak jenis rekaan baju dan harga. Lawati laman Tips pengantin untuk mendapatkan maklumat membeli kain Lace/Sifon. Kenali saiz anda dalam ukuran inci. Bawa kain anda dan kami akan cadangkan rekaan yang sesuai.

 

Biasanya tempahan anda akan siap seawal 3 minggu bergantung pada rekaan dan manik. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami melalui email zai@aqiza.com atau Hp 016-3331153.

 
Baju Nikah/Sanding - RM180++ Bergantung pada Jenis kain dan rekaan.
Korset - RM160 Mengikut ukuran tepat badan & boleh diubahsuai akan datang
Baju Melayu - RM120 , Untuk saiz XXXL- RM150 sila bawa baju sampel
 
Baju Kurung Pesak - RM69++ , Lining - RM140++
Baju Kebaya - RM89++ , Lining -Rm180++
Baju Kurung Moden - RM 89++, Lining - RM180++
Jubah - RM69++
 
Jahitan Manik - RM60++
Patching (Tampalan Lace) - RM50++
 
Sulaman - RM60++