Testimoni pilihan.
Kesemua jurusolek aqiza mempunyai pengalaman melebihi 4 tahun dalam menatarias pengantin. Mereka juga terlibat dalam pelbagai aktiviti terbabit seperti penggambaran filem, fotoshoot majalah dan sebagainya. Disiplin yang tinggi dan solekan yang cantik adalah keutamaan Aqiza.
Berkongsi tips dengan makeup artis : zai hassan
Bagaimana anda menilai sesuatu solekan itu cantik. Kata orang ‘Beauty is in the eyes of beholder’. ‘to play safe’ dalam sesuatu mekap pengantin, sentiasa kembali kepada kecantikan fitrah seseorang itu. Sentuhan solekan semulajadi memerlukan pengamatan. Jika anda seorang makeup artis, bila jumpa pengantin yang nak disolek. Jangan gelojoh dan terus sental. Renung dulu kelemahan dan kekuatan sesuatu wajah. Mulakan dengan bismillah dalam hati pon ok. Ada pengantin yang perlukan xtra work dan ada yang tidak. Ada yang bermata besar dan kecil, kulit rangking dari putih kuning hingga gelap sedikit(ehem…). Semuanya adalah ditangan anda untuk dicantikkan. Jangan double standart ya. Kesian pengantin.
Kemudian kalau anda baru nak pandai jangan banyak cakap waktu mekap nanti step lari… elok satu jam jadi 3 jam pulak. Dah…bersanding pukul 3. Kebanyakan jurusolek cenderung menggunakan powder blusher yang berwarna ‘tanned’ gelap sedikit sebagai shading. Sebenarnya tak elok sangat sebab akhir mekap nanti pengantin nampak lebih dusty’ dan malap. Nak shading yang cantik gunalah faundation color yang betul. Dan jangan ‘over do’.
Banyak pengantin sukakan mekap natural. Ada juga yang sukakan xtreme. Bagaimana nak tahu, tanyalah pengantin anda. Kalau jawapannya ‘ikut suka akak lah’ disaat itu, solekan natural lebih selamat untuk anda unless anda makeup untuk studio fotoshoot, ada konsep, itu lain lah.
Jika anda seorang pengantin. Mula-mula sekali pastikan phone in standby mode. Manalah tahu mekap artis anda sesat. Kemudian prepare yourself sebelum di mekap. Maksudnya mandi dan keringkan rambut siap sebelum jurusolek anda sampai. Beri kerja sama semasa mekap dan jangan lupa anda berhak menyuarakan citarasa anda.
Semoga semua yang dirancang berjalan lancar dan senyumlah sehingga penat. Ok then, i see you when i see you.
zai hassan
← Back














